Sunday, April 30, 2017

Ice Cream Song | Happy Labour Day :-)

Credit : LittleBabyBum ®

Hari Pekerja sebenarnya bermula pada musim bunga 1872 apabila pemimpin buruh Amerika Syarikat, Peter McGuire, mengetuai 100,000 pekerja yang tidak berpuas hati dengan masa kerja yang panjang dan upah yang murah.

Mereka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Tanggal 5 September 1882 menandakan perarakan Hari Pekerja pertama diadakan di New York di mana seramai 20,000 pekerja menyertai perarakan tersebut dengan slogan "Lapan Jam Kerja, Lapan Jam Rehat dan Lapan Jam Rekreasi".

Mc Guire mencadangkan supaya pekerja AS diberi cuti umum setiap Isnin pertama bulan September, iaitu tarikh Hari Pekerja yang disambut di AS dan Kanada sehingga hari ini. Pada 1 Mei 1886, 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk memendekkan masa kerja. Demonstrasi berakhir dengan kematian apabila menjadi mangsa kekerasan pasukan polis.

Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut dan diumumkan sebagai cuti umum pada 1972 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Selamat Hari Pekerja.

Friday, April 28, 2017

MUSEUM OF ICE CREAM L.A (Review)

Credit : Brian Yu (youtube)

Masuk sahaja pintu masuk Muzium Aiskrim Los Angeles, akan kelihatanlah kaunter tiket yang tersergam indah kena dengan rekaannya. Apa lagi, jom beli.. Cehh macam aku pulak yang masuk Muzium Aiskrim Los Angeles ini.... Dalam muzium aiskrim ini ada bermacam replika aiskrim yang anda boleh lihat. Tak boleh tengok live depan mata dalam youtube pun jadilah yer.. 

Thursday, April 27, 2017

Pops Malaya ( popsicle ) Majalah3

Credit : Majalah3 & aiskrim goyang (youtube)

A pair of Malaysian entrepreneurs team up to bring us healthy and delicious ice pops that isn't the usual ais krim potong."Ice cream bukan sebarang aiskrim @popsmalaya #lowcalorie. Pops Malaya adalah aiskrim buah segar 100% semulajadi, tanpa bahan tiruan.. Hot days call for @popsmalaya Popsicles! Hehehhehe. 

Sunday, April 23, 2017

Aiskrim Kelapa PandaN Majalah3


Credit : Majalah3 & aiskrim goyang (youtube)

Sungguh nikmat rasanya, apabila dapat merasai kelembutan dan kemanisan ais krim kelapa pandan, sambil menghidu bau kelapa pandan segar di Kelantan. Terus terkenang-kenang pengalaman makan aiskrim kelapa pandan yang abei makan di Kota Bahru.. sedaplah wei.. terigau-igau keenakan dan keharuman bau kelapa pandan..