Saturday, May 12, 2018

Aiskrim Durian Musang King & D24 Viral


Assalamualaikum wrt. wbt buat netizen.. Lama dah saya x menulis di blog ini disebabkan sibuk dengan tugasan hakiki, belajar sambilan dan katering aiskrim. Tapi malam ini saya cuba meluangkan sedikit waktu untuk story mory sikit tentang aiskrim durian yang sebelum ini pernah viral berkrim dan lemak. Tekstur dan rasanya seperti isi durian yang didinginkan, namun ia sebenarnya adalah ais krim dihasilkan dari isi durian Musang King atau D24. Ais krim durian adalah cara terbaik memperkenalkan durian kepada mereka yang tidak pernah merasainya. Rasa aiskrim yang sangat sedap dan membuatkan peminatnya teringat-ingat tentangnya setiap waktu. Hahahaha. Ais krim durian mempunyai salah satu rasa unik serta pelbagai yang terdapat di pasaran ais krim di Malaysia. Walaupun baunya yang menyengat, mereka pasti tidak akan lupa rasanya yang enak.