Sunday, July 30, 2017

Cendol Sagu Rumbia Rohaisham Labu

Credit : Berita Harian Online (youtube)

Sudah lama tidak berceloteh mengenai aiskrim dan pencuci mulut disebabkan sibuk dengan tugasan OUM dan tempahan #aiskrimpacaktbs. Kali ini jika sebut sahaja tentang menu cendol, pasti ramai yang terbayangkan pencuci mulut yang ada isi cendol hijau yang dimakan bersama ais, air gula melaka. Kami #aiskrimpacaktbs yang sememangnya penggemar cendol, tidak pernah dengar sebelum ini tentang Cendol Sagu Rumbia.  Siapa pernah singgah makan yer? Pengusaha cendol sagu rumbia, ini namanya abang Rohaisham Mohd Tahar berusia 50 tahun. Katanya rasa sama macam cendol biasa tapi lagi berlemak dan sedap. Jika anda ingin menikmati keenakan cendol sagu rumbia ini bolehlah singgah ke Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, Seremban, Gerai cuma buka Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti Bersambung Sahaja. Dari Pukul 11pagi - 7 petang. Meh la cuba Cendol Sagu Rumbia ni.