Showing posts with label Aiskrim. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim. Show all posts

Monday, June 5, 2017

PENANG STREET FOOD - MALAYSIAN CENDOL, AIS KACANG ICE CREAM :-)


Credit : Travel Thirsty (youtube)

Pernahkah anda merasai kenikmatan Ais Kacang Aiskrim Penang?? Kali ini #aiskrimlover nak kongsikan video youtube tentang Ais Kacang Aiskrim Penang & Cendol tapi fokus story mory kita hari ini tertumpu pada ais kacang aiskrim sahaja.. Semua orang tidak kira kecil atau besar pasti menyukai ais kacang kerana rasanya yang sedap dan dingin. Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada shave ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya. Ais Kacang Aiskrim Penang mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti chee (biji kelapa), kacang merah, jagung manis, cincau dan kiub agar-agar sebagai bahan-bahan biasa. Antara campuran yang luar biasa termasuk lidah buaya, cendol, nata de coco, atau ais krim. Tidak lupa juga curahan akhir susu sejat, susu pekat, atau susu kelapa yang melimpah bersama-sama dengan sirap merah dan sirap sarsi sudah pasti cukup meliurkan orang yang melihatnya. Jom kita ke Penang dan rasai sendiri ais kacang ini. 

Monday, May 1, 2017

Aiskrim Potong Lagend Majalah3

Credit : Mohamad Sallehudin Yaakob (youtube)

Aiskrim potong mengingatkan kita pada zaman kecil-kecil dahulu apabila penjual datang dengan basikal klasik. Sebatang tu boleh potong 3 kemudian dia cucuk dengan lidi satay 4-5 batang...Yummy sedap rasanya...Aiskrim potong ini ada berbagai perisa antaranya coklat, keladi, jagung dan strawberi. Semua orang minat aiskrim dari budak sampai la ke orang tua...

Friday, April 28, 2017

MUSEUM OF ICE CREAM L.A (Review)

Credit : Brian Yu (youtube)

Masuk sahaja pintu masuk Muzium Aiskrim Los Angeles, akan kelihatanlah kaunter tiket yang tersergam indah kena dengan rekaannya. Apa lagi, jom beli.. Cehh macam aku pulak yang masuk Muzium Aiskrim Los Angeles ini.... Dalam muzium aiskrim ini ada bermacam replika aiskrim yang anda boleh lihat. Tak boleh tengok live depan mata dalam youtube pun jadilah yer..