Sunday, April 30, 2017

Ice Cream Song | Happy Labour Day :-)

Credit : LittleBabyBum ®

Hari Pekerja sebenarnya bermula pada musim bunga 1872 apabila pemimpin buruh Amerika Syarikat, Peter McGuire, mengetuai 100,000 pekerja yang tidak berpuas hati dengan masa kerja yang panjang dan upah yang murah.

Mereka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Tanggal 5 September 1882 menandakan perarakan Hari Pekerja pertama diadakan di New York di mana seramai 20,000 pekerja menyertai perarakan tersebut dengan slogan "Lapan Jam Kerja, Lapan Jam Rehat dan Lapan Jam Rekreasi".

Mc Guire mencadangkan supaya pekerja AS diberi cuti umum setiap Isnin pertama bulan September, iaitu tarikh Hari Pekerja yang disambut di AS dan Kanada sehingga hari ini. Pada 1 Mei 1886, 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk memendekkan masa kerja. Demonstrasi berakhir dengan kematian apabila menjadi mangsa kekerasan pasukan polis.

Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut dan diumumkan sebagai cuti umum pada 1972 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Selamat Hari Pekerja.

No comments:

Post a Comment