Sunday, July 30, 2017

Cendol Sagu Rumbia Rohaisham Labu

Credit : Berita Harian Online (youtube)

Sudah lama tidak berceloteh mengenai aiskrim dan pencuci mulut disebabkan sibuk dengan tugasan OUM dan tempahan #aiskrimpacaktbs. Kali ini jika sebut sahaja tentang menu cendol, pasti ramai yang terbayangkan pencuci mulut yang ada isi cendol hijau yang dimakan bersama ais, air gula melaka. Kami #aiskrimpacaktbs yang sememangnya penggemar cendol, tidak pernah dengar sebelum ini tentang Cendol Sagu Rumbia.  Siapa pernah singgah makan yer? Pengusaha cendol sagu rumbia, ini namanya abang Rohaisham Mohd Tahar berusia 50 tahun. Katanya rasa sama macam cendol biasa tapi lagi berlemak dan sedap. Jika anda ingin menikmati keenakan cendol sagu rumbia ini bolehlah singgah ke Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, Seremban, Gerai cuma buka Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti Bersambung Sahaja. Dari Pukul 11pagi - 7 petang. Meh la cuba Cendol Sagu Rumbia ni.

Thursday, June 22, 2017

Salam Raya Perantauan Buat Netizen🍦

Credit : aiskrimbizdotcom

Kami #aiskrimlover dan produksi kerja #aiskrimpacaktbs mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H kepada semua netizen.. Maaf Zahir Batin. Semoga kehadiran Syawal pada kali ini dapat merapatkan tali silaturahim antara netizen dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat dan selamat.

Wednesday, June 14, 2017

Aiskrim Tembikai Pantai Sri Tujuh 🍧

Credit : The Infomation Begin (youtube)

Selepas entri ABC Kelapa Aiskrim Taman Desa Sri Medan, Batu Pahat, kali ini #aiskrimlover nak kongsikan satu video you tube tentang aiskrim tembikai tetapi lokasinya tidak dinyatakan dengan jelas dimana, jika netizen mempunyai maklumat yang tepat boleh maklumkan di ruangan komen. Enak tidak terkata bila dapat menikmati aiskrim tembikai semasa cuaca panas. Selepas ini pasti aiskrim tembikai pula menjadi viral selepas aiskrim pasu dan beberapa aiskrim dalam entri #aiskrimlover sebelumnya. Ramai peniaga akan mengambil peluang berniaga aiskrim tembikai pula selepas menonton video ini. Comel rasanya ais krim yang dijual di dalam kulit buah tembikai ini yang diletakkan pulut dekat bawah lepas tu letak ais krim tembikai berserta toping-topingnya sekali. Memang  ais krim ini menjadi pilihan hantu aiskrim, pemburu, penggemar @ #aiskrimlover di Malaysia kerana keunikannya dalam kulit tembikai.

Saturday, June 10, 2017

好吃椰子冰 Kelapa Abc Batu Pahat 铁山区

Credit : Tang Kok Wei (youtube)

Wowwwee! ABC Kelapa Batu Pahat yang kini menjadi viral semakin mendapat perhatian netizen. Ramai yang tertanya-tanya dimana terletaknya lokasi menu lazat ini di Batu Pahat??? [ ABC Kelapa 🍧 Taman Desa Sri Medan ,Batu Pahat,Johor @ COCONUT SNOW ICE CREAM DI BATU PAHAT ] ini telah dikongsikan oleh Tang Kok Wei di youtube. #Aiskrimlover kongsikan semula di entri terkini untuk tatapan netizen sekalian.