Wednesday, May 31, 2017

Es Krim Pot | Aiskrim Pasu Yang Viral :-)

Credit : Domo Bramantyo (youtube)

Sudahkah anda mencuba aiskrim di dalam pasu? Alah yang ada tanah hitam good soil tu beli tepi jalan nak ke Kuala Pilah, bunga harum setaman, daun berguguran di tasik biru dan lebih menggelikan ada ulat durian pulak di atasnya? Hahahaha saja je nak nampak poyo di situ, aiskrim pasu merupakan satu fenomena yang popular di kalangan penggemar aiskrim tempatan. Viral mengenai aiskrim pasu menular sejak 2 tahun lalu, namun sehingga kini ianya masih menjadi permintaan ramai penggemar aiskrim sejak awal tahun ini di seluruh Malaysia. Perkongsian video dari youtube yang dirakamkan bersama aiskrim pasu menarik perhatian netizen lain untuk merasai sendiri kelazatan aiskrim dalam pasu ini. Memang menjadi trend sekarang banyak cara kreatif dipraktikkan untuk menyajikan makanan supaya nampak menarik, tertarik kau memang debom. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh negara.

Monday, May 29, 2017

Aiskrim Ros Boleh Cairkan Hati Wanita!

Credit : BILIKSCADA (youtube)

Semua orang tidak kira kecil atau besar pasti menyukai aiskrim kerana rasanya yang sedap dan dingin yang datang dalam pelbagai perisa seperti vanila, coklat, strawberi dan bermacam-macam lagi yang pasti menarik perhatian orang ramai untuk mencubanya. Bagi #aiskrimlover, keunikan ais krim berbentuk kelopak bunga mawar ini sesuai dijadikan tanda untuk menyampaikan isyarat cinta. Tidak seperti aiskrim yang lain, gelato ini memiliki bentuk bunga mawar yang dapat mencairkan hati wanita. Yang membezakan aiskrim ini dengan aiskrim colek yang lain adalah setiap skop aiskrim akan dibentuk menjadi kelopak bunga mawar dan ia kelihatan sangat menarik, unik dan istimewa. Oleh itu #aiskrimlover kongsikan video youtube ini untuk tontonan netizen.

Friday, May 26, 2017

Jipangyi Icecream Korea. Yummylicious!

Credit : Ruan Lim (youtube)

Opocot mak kau! terkejut bila melihat entry mengenai aiskrim unik yang diperkenalkan di Malaysia yang dipanggil aiskrim tongkat. Selepas viral mengenai aiskrim di dalam pasu bunga kini giliran aiskrim tongkat pula semakin popular di Malaysia. Aiskrim Tongkat ialah Aiskrim yang dibawa dari KOREA dikenali sebagai Jipangyi Icecream atau Jipangi Icecream yang bererti Aiskrim Tongkat. Ia mempunyai kon yang berbentuk cangkuk J yang sangat rangup dan tahan lebih lama berbanding kebanyakan kon yang mudah lembik. Kombinasi kon jagung yang crunchy dan soft ice cream yang yummy sangat menyelerakan dan membuatkan sesiapa sahaja terliur. Mid Valley ada tak aiskrim ini?

Thursday, May 18, 2017

Aiskrim Arang @ Goth Black Ice Cream

Credit : INSIDER (youtube)

Bila cakap pasal aiskrim sudah pasti kita membayangkan rasanya yang lemak manis berkrim, dingin dan beraneka warna dan pilihan. Kali ini #aiskrimlover nak story mory sikit tentang aiskrim hitam. Wow hitam itu bergaya, pekat, melekat tapi aiskrim hitam ini perisa apa pulak? Little Damage di L.A. ini menyajikan ais krim yang dibuat dengan arang hitam dan bahan-bahan lain yang semulajadi.  Mereka juga mempunyai pelbagai pilihan topping yang lebih berwarna-warni seperti coklat rice, dan rainbow sprinkles. Aiskrim hitam ini memang disukai ramai sampai kena beratur diluar kedai. Kalau di Malaysia ada atau tidak pengusaha yang berani menyahut cabaran membuat aiskrim lembut macam ini.. Abang #aiskrimpacaktbs @ Aiskrimbiz bolehlah mencuba pasaran aiskrim ini di Malaysia :-). Selamat maju jaya kepada Aiskrimbiz & Trading 2010.