Thursday, June 22, 2017

Salam Raya Perantauan Buat Netizen🍦

Credit : aiskrimbizdotcom

Kami #aiskrimlover dan produksi kerja #aiskrimpacaktbs mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H kepada semua netizen.. Maaf Zahir Batin. Semoga kehadiran Syawal pada kali ini dapat merapatkan tali silaturahim antara netizen dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat dan selamat.

Wednesday, June 14, 2017

Aiskrim Tembikai Pantai Sri Tujuh 🍧

Credit : The Infomation Begin (youtube)

Selepas entri ABC Kelapa Aiskrim Taman Desa Sri Medan, Batu Pahat, kali ini #aiskrimlover nak kongsikan satu video you tube tentang aiskrim tembikai tetapi lokasinya tidak dinyatakan dengan jelas dimana, jika netizen mempunyai maklumat yang tepat boleh maklumkan di ruangan komen. Enak tidak terkata bila dapat menikmati aiskrim tembikai semasa cuaca panas. Selepas ini pasti aiskrim tembikai pula menjadi viral selepas aiskrim pasu dan beberapa aiskrim dalam entri #aiskrimlover sebelumnya. Ramai peniaga akan mengambil peluang berniaga aiskrim tembikai pula selepas menonton video ini. Comel rasanya ais krim yang dijual di dalam kulit buah tembikai ini yang diletakkan pulut dekat bawah lepas tu letak ais krim tembikai berserta toping-topingnya sekali. Memang  ais krim ini menjadi pilihan hantu aiskrim, pemburu, penggemar @ #aiskrimlover di Malaysia kerana keunikannya dalam kulit tembikai.

Saturday, June 10, 2017

好吃椰子冰 Kelapa Abc Batu Pahat 铁山区

Credit : Tang Kok Wei (youtube)

Wowwwee! ABC Kelapa Batu Pahat yang kini menjadi viral semakin mendapat perhatian netizen. Ramai yang tertanya-tanya dimana terletaknya lokasi menu lazat ini di Batu Pahat??? [ ABC Kelapa 🍧 Taman Desa Sri Medan ,Batu Pahat,Johor @ COCONUT SNOW ICE CREAM DI BATU PAHAT ] ini telah dikongsikan oleh Tang Kok Wei di youtube. #Aiskrimlover kongsikan semula di entri terkini untuk tatapan netizen sekalian.

Monday, June 5, 2017

PENANG STREET FOOD - MALAYSIAN CENDOL, AIS KACANG ICE CREAM :-)


Credit : Travel Thirsty (youtube)

Pernahkah anda merasai kenikmatan Ais Kacang Aiskrim Penang?? Kali ini #aiskrimlover nak kongsikan video youtube tentang Ais Kacang Aiskrim Penang & Cendol tapi fokus story mory kita hari ini tertumpu pada ais kacang aiskrim sahaja.. Semua orang tidak kira kecil atau besar pasti menyukai ais kacang kerana rasanya yang sedap dan dingin. Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada shave ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya. Ais Kacang Aiskrim Penang mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti chee (biji kelapa), kacang merah, jagung manis, cincau dan kiub agar-agar sebagai bahan-bahan biasa. Antara campuran yang luar biasa termasuk lidah buaya, cendol, nata de coco, atau ais krim. Tidak lupa juga curahan akhir susu sejat, susu pekat, atau susu kelapa yang melimpah bersama-sama dengan sirap merah dan sirap sarsi sudah pasti cukup meliurkan orang yang melihatnya. Jom kita ke Penang dan rasai sendiri ais kacang ini. 

Thursday, June 1, 2017

NIKMATI 'ABC GUNUNG KINABALU' :-)

Credit : Rasiah Iging (youtube)

Kali ini #aiskrimlover nak kongsikan video youtube tentang ABC Gunung Kinabalu.. Mungkin ABC juga boleh dianggap dalam keluarga aiskrim barangkali kerana masih lagi dalam menu pencuci mulut sejuk dan dingin. Kepada netizen yang melancong ke Kota Kinabalu, Sabah, tidak lengkap rasanya jika tidak mengambil peluang menikmati keenakan ABC Gunung Kinabalu iaitu ABC menarik bersaiz gergasi dan tinggi di Restoran Pondok Pantai di Tanjung Aru. Dengan harga yang bersesuaian, anda boleh menikmatinya bersama-sama keluarga dan rakan.. Ada tak seperti Gunung Kinabalu mana tidaknya lihatlah ais yang meninggi ini..Kelihatan keluarga ini berhati-hati semasa menikmati ABC Gunung Kinabalu. Kepada Netizen Selamat Berpuasa & Berbuka.