Wednesday, May 31, 2017

Es Krim Pot | Aiskrim Pasu Yang Viral :-)

Credit : Domo Bramantyo (youtube)

Sudahkah anda mencuba aiskrim di dalam pasu? Alah yang ada tanah hitam good soil tu beli tepi jalan nak ke Kuala Pilah, bunga harum setaman, daun berguguran di tasik biru dan lebih menggelikan ada ulat durian pulak di atasnya? Hahahaha saja je nak nampak poyo di situ, aiskrim pasu merupakan satu fenomena yang popular di kalangan penggemar aiskrim tempatan. Viral mengenai aiskrim pasu menular sejak 2 tahun lalu, namun sehingga kini ianya masih menjadi permintaan ramai penggemar aiskrim sejak awal tahun ini di seluruh Malaysia. Perkongsian video dari youtube yang dirakamkan bersama aiskrim pasu menarik perhatian netizen lain untuk merasai sendiri kelazatan aiskrim dalam pasu ini. Memang menjadi trend sekarang banyak cara kreatif dipraktikkan untuk menyajikan makanan supaya nampak menarik, tertarik kau memang debom. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh negara.

Monday, May 29, 2017

Aiskrim Ros Boleh Cairkan Hati Wanita!

Credit : BILIKSCADA (youtube)

Semua orang tidak kira kecil atau besar pasti menyukai aiskrim kerana rasanya yang sedap dan dingin yang datang dalam pelbagai perisa seperti vanila, coklat, strawberi dan bermacam-macam lagi yang pasti menarik perhatian orang ramai untuk mencubanya. Bagi #aiskrimlover, keunikan ais krim berbentuk kelopak bunga mawar ini sesuai dijadikan tanda untuk menyampaikan isyarat cinta. Tidak seperti aiskrim yang lain, gelato ini memiliki bentuk bunga mawar yang dapat mencairkan hati wanita. Yang membezakan aiskrim ini dengan aiskrim colek yang lain adalah setiap skop aiskrim akan dibentuk menjadi kelopak bunga mawar dan ia kelihatan sangat menarik, unik dan istimewa. Oleh itu #aiskrimlover kongsikan video youtube ini untuk tontonan netizen.

Friday, May 26, 2017

Jipangyi Icecream Korea. Yummylicious!

Credit : Ruan Lim (youtube)

Opocot mak kau! terkejut bila melihat entry mengenai aiskrim unik yang diperkenalkan di Malaysia yang dipanggil aiskrim tongkat. Selepas viral mengenai aiskrim di dalam pasu bunga kini giliran aiskrim tongkat pula semakin popular di Malaysia. Aiskrim Tongkat ialah Aiskrim yang dibawa dari KOREA dikenali sebagai Jipangyi Icecream atau Jipangi Icecream yang bererti Aiskrim Tongkat. Ia mempunyai kon yang berbentuk cangkuk J yang sangat rangup dan tahan lebih lama berbanding kebanyakan kon yang mudah lembik. Kombinasi kon jagung yang crunchy dan soft ice cream yang yummy sangat menyelerakan dan membuatkan sesiapa sahaja terliur. Mid Valley ada tak aiskrim ini?

Thursday, May 18, 2017

Aiskrim Arang @ Goth Black Ice Cream

Credit : INSIDER (youtube)

Bila cakap pasal aiskrim sudah pasti kita membayangkan rasanya yang lemak manis berkrim, dingin dan beraneka warna dan pilihan. Kali ini #aiskrimlover nak story mory sikit tentang aiskrim hitam. Wow hitam itu bergaya, pekat, melekat tapi aiskrim hitam ini perisa apa pulak? Little Damage di L.A. ini menyajikan ais krim yang dibuat dengan arang hitam dan bahan-bahan lain yang semulajadi.  Mereka juga mempunyai pelbagai pilihan topping yang lebih berwarna-warni seperti coklat rice, dan rainbow sprinkles. Aiskrim hitam ini memang disukai ramai sampai kena beratur diluar kedai. Kalau di Malaysia ada atau tidak pengusaha yang berani menyahut cabaran membuat aiskrim lembut macam ini.. Abang #aiskrimpacaktbs @ Aiskrimbiz bolehlah mencuba pasaran aiskrim ini di Malaysia :-). Selamat maju jaya kepada Aiskrimbiz & Trading 2010.

Saturday, May 13, 2017

Aiskrim (Malaysia) Sumi Susu Lembu :-)

Credit : Suami Di Dapur (youtube)

Fenomena resepi aiskrim sumi yang sedang viral pada ketika ini.. Di sini #aiskrimlover ingin berkongsi salah satu video resepi aiskrim sumi yang nampak menarik dan sekaligus mengembalikan kenangan zaman ais krim Malaysia yang kini telah pun mengalami banyak perubahan. Langkah-langkah untuk menyediakan aiskrim sumi jelly yang sedang viral. Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Kemudian sejukkan adunan tersebut. Campurkan sumi yang telah dihiris ke dalam plastik aiskrim (kuantiti ikut citarasa masing-masing). Masukkan adunan susu tadi, ikat & goncang. Susu ini boleh juga digantikan dengan susu lembu, susu coklat, susu ideal atau mengikut kreativiti masing-masing. Bekukan dan aiskrim sumi sedia untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi Aiskrim Sumi yang diilhamkan oleh Suami Di Dapur ini mudah untuk disediakan bagi yang ingin mencuba. Selamat mencuba.

Wednesday, May 10, 2017

Resepi Aiskrim Goreng Mudah! Simple!

Credit : Buat Orang Lapo (youtube)

Siapa pernah menikmati ais krim goreng?? Pertama kali saya mencuba ais krim goreng ini pun dekat restoran mamak sebagai menu sampingan. Saya beranggapan Ais krim goreng ini sangat eksklusif dan susah untuk membuatnya.. Pernah saya membeli satu aiskrim goreng berharga RM5. Untuk kali ini AiskrimLover nak kongsi satu video resepi membuat aiskrim goreng dengan mudah.. Resepi aiskrim goreng ini ikut step by step..Nak buat aiskrim goreng? Ini sahaja ramuannya.. roti, aiskrim, cawan @ apa-apa je la untuk membentukkannya.. Perasa aiskrim ikut citarasa masing-masing la yer. Makin sedap rasa aiskrim itu pastinya bertambah sedap dan marvelous laaa aiskrim goreng anda itu nanti.. Diceritakan asal usul aiskrim goreng itu adalah satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di Pantai Batu Buruk, Terengganu. Wallahualam tidak pasti sama ada cerita itu sahih atau tidak..Yang pastinya menu ini memang terbaik dan sedap.

Sunday, May 7, 2017

Aiskrim Baba Bereh Boh! Delicious! :-)

Credit : Sinar TV (youtube)

Aiskrim Baba mungkin asing bagi kebanyakan orang tetapi di Kelantan aiskrim ini menjadi kegemaran orang ramai kerana sedap, murah dan enak. Digemari ramai kerana mempunyai tarikan yang tersendiri tambahan pula harganya antara RM2-3 secawan. Sememangnya Aiskrim Baba sangat popular di Kelantan. Apa lagi kawan-kawan sekalian jom cuti-cuti Kelantan Darul Naim. Kita ronda cari makan sambil makan Aiskrim Baba.

Friday, May 5, 2017

SPM - Makan2 : Aiskrim Basikal Merah

Credit : beritanasionalrtm rasmi (youtube)

NO 1 MALAYSIAN CATERING ICE-CREAM - Aiskrim Basikal Merah Katering, Mereka akan menghidangkan Aiskrim kepada tetamu anda dengan keunikan Basikal Merah Antik! Mengenai konsep Aiskrim Basikal Merah ini mereka memperkenalkan konsep sedemikian kerana untuk menunjukkan kelainan berbanding servis aiskrim yang lain.

Thursday, May 4, 2017

Turkish Ice Cream at Bukit Bintang KL

Credit : Manaweblife (youtube)

"Mau cuba dondurma, aiskrim Turki?" soal Syed Hamid. Penjual aiskrim melakukan pelbagai gelagat untuk menarik perhatian pelanggan. Dikenali dengan nama 'dondurma' dalam bahasa Turki. Aksi penjual aiskrim ini boleh dilihat dalam sedutan filem Istanbul Aku Datang. Pengalaman seolah-olah seperti berada di Turki, pengunjung akan terpaku atau tertarik hati dengan aksi bersahaja pembuat ais krim semasa berjalan di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Wednesday, May 3, 2017

1950 International Metro Van Custom Ice Cream Truck "Cruisin' Cone"..I Love IT.

Credit : ScottieDTV (youtube)

Kenangan menggamit memori. Kenderaan klasik 1950 diubah menjadi Van Aiskrim yang cantik dan menarik. Ianya mampu menggamit memori penggemar aiskrim ke era 50an. Pada mereka yang lahir pada 1950 memori zaman kanak-kanak bersama rakan-rakan mereka pada zaman itu dapat diimbas semula. Van aiskrim itu mampu menggamit 1000 kenangan lama, zaman kegemilangannya tidak dapat dilupakan oleh sesetengah warga seusianya yang pernah melihatnya di atas jalan raya.

Monday, May 1, 2017

Ben Ashaari Seorang Aiskrim Lover???


Permohonan baru sahaja diluluskan menjadi komuniti FB Kelab Blogger Ben Ashaari. Zaman sekarang x mcm dulu boleh blog sendiri-sendiri zaman sekarang lain tidak boleh syok sendiri kena ada jaringan antara blogger barulah blog boleh maju jaya terutamanya orang yang suam-suam kuku dan baru nak aktif macam saya walaupun memang dah lama berblog.

Aiskrim Potong Lagend Majalah3

Credit : Mohamad Sallehudin Yaakob (youtube)

Aiskrim potong mengingatkan kita pada zaman kecil-kecil dahulu apabila penjual datang dengan basikal klasik. Sebatang tu boleh potong 3 kemudian dia cucuk dengan lidi satay 4-5 batang...Yummy sedap rasanya...Aiskrim potong ini ada berbagai perisa antaranya coklat, keladi, jagung dan strawberi. Semua orang minat aiskrim dari budak sampai la ke orang tua...