请记住这几个器官怕什么?
Organ takut Apa ? 🤔
🌱肾:怕熬夜
Ginjal : terlalu lewat tidur
🌱胃:怕凉
Gastric : dingin
🌱肺:怕烟
Paru2 : asap (rokok)
🌱肝脏:怕油脂
Hati : lemak berlebihan
🌱心脏:怕咸
Jantung : Masin
🌱胰腺:怕暴饮暴食
Pankreas : Makan terlalu kenyang (rakus)
🌱肠道:怕胡乱吃海鲜(没戒口)
Usus : Makan tanpa pantangan
🌱眼睛:怕手机、电脑
Mata : Telefon bimbit , Komputer
🌱胆囊:怕不吃早餐
Hempedu : Tidak sarapan.
🍀
所以,请善待自己!
Maka ,sayangilah tubuh anda!
🍀因为:零件不好配。😟
Sebab : organ susah diganti
🍀贵!还不一定有货。
Mahal ! Lagi pula tak semesti ada。
Friday, August 25, 2017
Wednesday, August 16, 2017
Kami Sokong Team Malaysia 2017
Kami sokong Team Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, inilah tanggungjawab kita untuk menyokong atlet negara kita sendiri di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Jom sokong atlet Malaysia. Berikan sokongan yang padu kepada atlet Malaysia untuk kegemilangan negara. Majulah sukan untuk negara. Saya menyokong sepenuh hati bagaimana anda?
Sunday, July 30, 2017
Cendol Sagu Rumbia Rohaisham Labu
Credit : Berita Harian Online (youtube)
Sudah lama tidak berceloteh mengenai aiskrim dan pencuci mulut disebabkan sibuk dengan tugasan OUM dan tempahan #aiskrimpacaktbs. Kali ini jika sebut sahaja tentang menu cendol, pasti ramai yang terbayangkan pencuci mulut yang ada isi cendol hijau yang dimakan bersama ais, air gula melaka. Kami #aiskrimpacaktbs yang sememangnya penggemar cendol, tidak pernah dengar sebelum ini tentang Cendol Sagu Rumbia. Siapa pernah singgah makan yer? Pengusaha cendol sagu rumbia, ini namanya abang Rohaisham Mohd Tahar berusia 50 tahun. Katanya rasa sama macam cendol biasa tapi lagi berlemak dan sedap. Jika anda ingin menikmati keenakan cendol sagu rumbia ini bolehlah singgah ke Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, Seremban, Gerai cuma buka Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti Bersambung Sahaja. Dari Pukul 11pagi - 7 petang. Meh la cuba Cendol Sagu Rumbia ni.
Thursday, June 22, 2017
Salam Raya Perantauan Buat Netizen🍦
Credit : aiskrimbizdotcom
Kami #aiskrimlover dan produksi kerja #aiskrimpacaktbs mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H kepada semua netizen.. Maaf Zahir Batin. Semoga kehadiran Syawal pada kali ini dapat merapatkan tali silaturahim antara netizen dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat dan selamat.
Wednesday, June 14, 2017
Aiskrim Tembikai Pantai Sri Tujuh 🍧
Credit : The Infomation Begin (youtube)
Selepas entri ABC Kelapa Aiskrim Taman Desa Sri Medan, Batu Pahat, kali ini #aiskrimlover nak kongsikan satu video you tube tentang aiskrim tembikai tetapi lokasinya tidak dinyatakan dengan jelas dimana, jika netizen mempunyai maklumat yang tepat boleh maklumkan di ruangan komen. Enak tidak terkata bila dapat menikmati aiskrim tembikai semasa cuaca panas. Selepas ini pasti aiskrim tembikai pula menjadi viral selepas aiskrim pasu dan beberapa aiskrim dalam entri #aiskrimlover sebelumnya. Ramai peniaga akan mengambil peluang berniaga aiskrim tembikai pula selepas menonton video ini. Comel rasanya ais krim yang dijual di dalam kulit buah tembikai ini yang diletakkan pulut dekat bawah lepas tu letak ais krim tembikai berserta toping-topingnya sekali. Memang ais krim ini menjadi pilihan hantu aiskrim, pemburu, penggemar @ #aiskrimlover di Malaysia kerana keunikannya dalam kulit tembikai.
Saturday, June 10, 2017
好吃椰子冰 Kelapa Abc Batu Pahat 铁山区
Credit : Tang Kok Wei (youtube)
Wowwwee! ABC Kelapa Batu Pahat yang kini menjadi viral semakin mendapat perhatian netizen. Ramai yang tertanya-tanya dimana terletaknya lokasi menu lazat ini di Batu Pahat??? [ ABC Kelapa 🍧 Taman Desa Sri Medan ,Batu Pahat,Johor @ COCONUT SNOW ICE CREAM DI BATU PAHAT ] ini telah dikongsikan oleh Tang Kok Wei di youtube. #Aiskrimlover kongsikan semula di entri terkini untuk tatapan netizen sekalian.
Monday, June 5, 2017
PENANG STREET FOOD - MALAYSIAN CENDOL, AIS KACANG ICE CREAM :-)
Credit : Travel Thirsty (youtube)
Pernahkah anda merasai kenikmatan Ais Kacang Aiskrim Penang?? Kali ini #aiskrimlover nak kongsikan video youtube tentang Ais Kacang Aiskrim Penang & Cendol tapi fokus story mory kita hari ini tertumpu pada ais kacang aiskrim sahaja.. Semua orang tidak kira kecil atau besar pasti menyukai ais kacang kerana rasanya yang sedap dan dingin. Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada shave ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya. Ais Kacang Aiskrim Penang mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti chee (biji kelapa), kacang merah, jagung manis, cincau dan kiub agar-agar sebagai bahan-bahan biasa. Antara campuran yang luar biasa termasuk lidah buaya, cendol, nata de coco, atau ais krim. Tidak lupa juga curahan akhir susu sejat, susu pekat, atau susu kelapa yang melimpah bersama-sama dengan sirap merah dan sirap sarsi sudah pasti cukup meliurkan orang yang melihatnya. Jom kita ke Penang dan rasai sendiri ais kacang ini.
Thursday, June 1, 2017
NIKMATI 'ABC GUNUNG KINABALU' :-)
Credit : Rasiah Iging (youtube)
Kali ini #aiskrimlover nak kongsikan video youtube tentang ABC Gunung Kinabalu.. Mungkin ABC juga boleh dianggap dalam keluarga aiskrim barangkali kerana masih lagi dalam menu pencuci mulut sejuk dan dingin. Kepada netizen yang melancong ke Kota Kinabalu, Sabah, tidak lengkap rasanya jika tidak mengambil peluang menikmati keenakan ABC Gunung Kinabalu iaitu ABC menarik bersaiz gergasi dan tinggi di Restoran Pondok Pantai di Tanjung Aru. Dengan harga yang bersesuaian, anda boleh menikmatinya bersama-sama keluarga dan rakan.. Ada tak seperti Gunung Kinabalu mana tidaknya lihatlah ais yang meninggi ini..Kelihatan keluarga ini berhati-hati semasa menikmati ABC Gunung Kinabalu. Kepada Netizen Selamat Berpuasa & Berbuka.
Wednesday, May 31, 2017
Es Krim Pot | Aiskrim Pasu Yang Viral :-)
Credit : Domo Bramantyo (youtube)
Sudahkah anda mencuba aiskrim di dalam pasu? Alah yang ada tanah hitam good soil tu beli tepi jalan nak ke Kuala Pilah, bunga harum setaman, daun berguguran di tasik biru dan lebih menggelikan ada ulat durian pulak di atasnya? Hahahaha saja je nak nampak poyo di situ, aiskrim pasu merupakan satu fenomena yang popular di kalangan penggemar aiskrim tempatan. Viral mengenai aiskrim pasu menular sejak 2 tahun lalu, namun sehingga kini ianya masih menjadi permintaan ramai penggemar aiskrim sejak awal tahun ini di seluruh Malaysia. Perkongsian video dari youtube yang dirakamkan bersama aiskrim pasu menarik perhatian netizen lain untuk merasai sendiri kelazatan aiskrim dalam pasu ini. Memang menjadi trend sekarang banyak cara kreatif dipraktikkan untuk menyajikan makanan supaya nampak menarik, tertarik kau memang debom. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh negara.
Monday, May 29, 2017
Aiskrim Ros Boleh Cairkan Hati Wanita!
Credit : BILIKSCADA (youtube)
Semua orang tidak kira kecil atau besar pasti menyukai aiskrim kerana rasanya yang sedap dan dingin yang datang dalam pelbagai perisa seperti vanila, coklat, strawberi dan bermacam-macam lagi yang pasti menarik perhatian orang ramai untuk mencubanya. Bagi #aiskrimlover, keunikan ais krim berbentuk kelopak bunga mawar ini sesuai dijadikan tanda untuk menyampaikan isyarat cinta. Tidak seperti aiskrim yang lain, gelato ini memiliki bentuk bunga mawar yang dapat mencairkan hati wanita. Yang membezakan aiskrim ini dengan aiskrim colek yang lain adalah setiap skop aiskrim akan dibentuk menjadi kelopak bunga mawar dan ia kelihatan sangat menarik, unik dan istimewa. Oleh itu #aiskrimlover kongsikan video youtube ini untuk tontonan netizen.
Friday, May 26, 2017
Jipangyi Icecream Korea. Yummylicious!
Credit : Ruan Lim (youtube)
Opocot mak kau! terkejut bila melihat entry mengenai aiskrim unik yang diperkenalkan di Malaysia yang dipanggil aiskrim tongkat. Selepas viral mengenai aiskrim di dalam pasu bunga kini giliran aiskrim tongkat pula semakin popular di Malaysia. Aiskrim Tongkat ialah Aiskrim yang dibawa dari KOREA dikenali sebagai Jipangyi Icecream atau Jipangi Icecream yang bererti Aiskrim Tongkat. Ia mempunyai kon yang berbentuk cangkuk J yang sangat rangup dan tahan lebih lama berbanding kebanyakan kon yang mudah lembik. Kombinasi kon jagung yang crunchy dan soft ice cream yang yummy sangat menyelerakan dan membuatkan sesiapa sahaja terliur. Mid Valley ada tak aiskrim ini?
Thursday, May 18, 2017
Aiskrim Arang @ Goth Black Ice Cream
Credit : INSIDER (youtube)
Bila cakap pasal aiskrim sudah pasti kita membayangkan rasanya yang lemak manis berkrim, dingin dan beraneka warna dan pilihan. Kali ini #aiskrimlover nak story mory sikit tentang aiskrim hitam. Wow hitam itu bergaya, pekat, melekat tapi aiskrim hitam ini perisa apa pulak? Little Damage di L.A. ini menyajikan ais krim yang dibuat dengan arang hitam dan bahan-bahan lain yang semulajadi. Mereka juga mempunyai pelbagai pilihan topping yang lebih berwarna-warni seperti coklat rice, dan rainbow sprinkles. Aiskrim hitam ini memang disukai ramai sampai kena beratur diluar kedai. Kalau di Malaysia ada atau tidak pengusaha yang berani menyahut cabaran membuat aiskrim lembut macam ini.. Abang #aiskrimpacaktbs @ Aiskrimbiz bolehlah mencuba pasaran aiskrim ini di Malaysia :-). Selamat maju jaya kepada Aiskrimbiz & Trading 2010.
Saturday, May 13, 2017
Aiskrim (Malaysia) Sumi Susu Lembu :-)
Credit : Suami Di Dapur (youtube)
Fenomena resepi aiskrim sumi yang sedang viral pada ketika ini.. Di sini #aiskrimlover ingin berkongsi salah satu video resepi aiskrim sumi yang nampak menarik dan sekaligus mengembalikan kenangan zaman ais krim Malaysia yang kini telah pun mengalami banyak perubahan. Langkah-langkah untuk menyediakan aiskrim sumi jelly yang sedang viral. Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Kemudian sejukkan adunan tersebut. Campurkan sumi yang telah dihiris ke dalam plastik aiskrim (kuantiti ikut citarasa masing-masing). Masukkan adunan susu tadi, ikat & goncang. Susu ini boleh juga digantikan dengan susu lembu, susu coklat, susu ideal atau mengikut kreativiti masing-masing. Bekukan dan aiskrim sumi sedia untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi Aiskrim Sumi yang diilhamkan oleh Suami Di Dapur ini mudah untuk disediakan bagi yang ingin mencuba. Selamat mencuba.
Wednesday, May 10, 2017
Resepi Aiskrim Goreng Mudah! Simple!
Credit : Buat Orang Lapo (youtube)
Siapa pernah menikmati ais krim goreng?? Pertama kali saya mencuba ais krim goreng ini pun dekat restoran mamak sebagai menu sampingan. Saya beranggapan Ais krim goreng ini sangat eksklusif dan susah untuk membuatnya.. Pernah saya membeli satu aiskrim goreng berharga RM5. Untuk kali ini AiskrimLover nak kongsi satu video resepi membuat aiskrim goreng dengan mudah.. Resepi aiskrim goreng ini ikut step by step..Nak buat aiskrim goreng? Ini sahaja ramuannya.. roti, aiskrim, cawan @ apa-apa je la untuk membentukkannya.. Perasa aiskrim ikut citarasa masing-masing la yer. Makin sedap rasa aiskrim itu pastinya bertambah sedap dan marvelous laaa aiskrim goreng anda itu nanti.. Diceritakan asal usul aiskrim goreng itu adalah satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di Pantai Batu Buruk, Terengganu. Wallahualam tidak pasti sama ada cerita itu sahih atau tidak..Yang pastinya menu ini memang terbaik dan sedap.
Sunday, May 7, 2017
Aiskrim Baba Bereh Boh! Delicious! :-)
Credit : Sinar TV (youtube)
Aiskrim Baba mungkin asing bagi kebanyakan orang tetapi di Kelantan aiskrim ini menjadi kegemaran orang ramai kerana sedap, murah dan enak. Digemari ramai kerana mempunyai tarikan yang tersendiri tambahan pula harganya antara RM2-3 secawan. Sememangnya Aiskrim Baba sangat popular di Kelantan. Apa lagi kawan-kawan sekalian jom cuti-cuti Kelantan Darul Naim. Kita ronda cari makan sambil makan Aiskrim Baba.
Friday, May 5, 2017
SPM - Makan2 : Aiskrim Basikal Merah
Credit : beritanasionalrtm rasmi (youtube)
NO 1 MALAYSIAN CATERING ICE-CREAM - Aiskrim Basikal Merah Katering, Mereka akan menghidangkan Aiskrim kepada tetamu anda dengan keunikan Basikal Merah Antik! Mengenai konsep Aiskrim Basikal Merah ini mereka memperkenalkan konsep sedemikian kerana untuk menunjukkan kelainan berbanding servis aiskrim yang lain.
Thursday, May 4, 2017
Turkish Ice Cream at Bukit Bintang KL
Credit : Manaweblife (youtube)
"Mau cuba dondurma, aiskrim Turki?" soal Syed Hamid. Penjual aiskrim melakukan pelbagai gelagat untuk menarik perhatian pelanggan. Dikenali dengan nama 'dondurma' dalam bahasa Turki. Aksi penjual aiskrim ini boleh dilihat dalam sedutan filem Istanbul Aku Datang. Pengalaman seolah-olah seperti berada di Turki, pengunjung akan terpaku atau tertarik hati dengan aksi bersahaja pembuat ais krim semasa berjalan di Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Wednesday, May 3, 2017
1950 International Metro Van Custom Ice Cream Truck "Cruisin' Cone"..I Love IT.
Credit : ScottieDTV (youtube)
Kenangan menggamit memori. Kenderaan klasik 1950 diubah menjadi Van Aiskrim yang cantik dan menarik. Ianya mampu menggamit memori penggemar aiskrim ke era 50an. Pada mereka yang lahir pada 1950 memori zaman kanak-kanak bersama rakan-rakan mereka pada zaman itu dapat diimbas semula. Van aiskrim itu mampu menggamit 1000 kenangan lama, zaman kegemilangannya tidak dapat dilupakan oleh sesetengah warga seusianya yang pernah melihatnya di atas jalan raya.
Monday, May 1, 2017
Ben Ashaari Seorang Aiskrim Lover???
Permohonan baru sahaja diluluskan menjadi komuniti FB Kelab Blogger Ben Ashaari. Zaman sekarang x mcm dulu boleh blog sendiri-sendiri zaman sekarang lain tidak boleh syok sendiri kena ada jaringan antara blogger barulah blog boleh maju jaya terutamanya orang yang suam-suam kuku dan baru nak aktif macam saya walaupun memang dah lama berblog.
Aiskrim Potong Lagend Majalah3
Credit : Mohamad Sallehudin Yaakob (youtube)
Aiskrim potong mengingatkan kita pada zaman kecil-kecil dahulu apabila penjual datang dengan basikal klasik. Sebatang tu boleh potong 3 kemudian dia cucuk dengan lidi satay 4-5 batang...Yummy sedap rasanya...Aiskrim potong ini ada berbagai perisa antaranya coklat, keladi, jagung dan strawberi. Semua orang minat aiskrim dari budak sampai la ke orang tua...
Labels:
Aiskrim,
aiskrim sedap,
bumiputera,
cucuk,
lidi,
malaysia,
melayu,
potong
Sunday, April 30, 2017
Ice Cream Song | Happy Labour Day :-)
Credit : LittleBabyBum ®
Hari Pekerja sebenarnya bermula pada musim bunga 1872 apabila pemimpin buruh Amerika Syarikat, Peter McGuire, mengetuai 100,000 pekerja yang tidak berpuas hati dengan masa kerja yang panjang dan upah yang murah.
Mereka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari.
Tanggal 5 September 1882 menandakan perarakan Hari Pekerja pertama diadakan di New York di mana seramai 20,000 pekerja menyertai perarakan tersebut dengan slogan "Lapan Jam Kerja, Lapan Jam Rehat dan Lapan Jam Rekreasi".
Mc Guire mencadangkan supaya pekerja AS diberi cuti umum setiap Isnin pertama bulan September, iaitu tarikh Hari Pekerja yang disambut di AS dan Kanada sehingga hari ini. Pada 1 Mei 1886, 400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk memendekkan masa kerja. Demonstrasi berakhir dengan kematian apabila menjadi mangsa kekerasan pasukan polis.
Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.
Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut dan diumumkan sebagai cuti umum pada 1972 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Selamat Hari Pekerja.
Friday, April 28, 2017
MUSEUM OF ICE CREAM L.A (Review)
Credit : Brian Yu (youtube)
Masuk sahaja pintu masuk Muzium Aiskrim Los Angeles, akan kelihatanlah kaunter tiket yang tersergam indah kena dengan rekaannya. Apa lagi, jom beli.. Cehh macam aku pulak yang masuk Muzium Aiskrim Los Angeles ini.... Dalam muzium aiskrim ini ada bermacam replika aiskrim yang anda boleh lihat. Tak boleh tengok live depan mata dalam youtube pun jadilah yer..
Thursday, April 27, 2017
Pops Malaya ( popsicle ) Majalah3
Credit : Majalah3 & aiskrim goyang (youtube)
A pair of Malaysian entrepreneurs team up to bring us healthy and delicious ice pops that isn't the usual ais krim potong."Ice cream bukan sebarang aiskrim @popsmalaya #lowcalorie. Pops Malaya adalah aiskrim buah segar 100% semulajadi, tanpa bahan tiruan.. Hot days call for @popsmalaya Popsicles! Hehehhehe.
Sunday, April 23, 2017
Aiskrim Kelapa PandaN Majalah3
Credit : Majalah3 & aiskrim goyang (youtube)
Sungguh nikmat rasanya, apabila dapat merasai kelembutan dan kemanisan ais krim kelapa pandan, sambil menghidu bau kelapa pandan segar di Kelantan. Terus terkenang-kenang pengalaman makan aiskrim kelapa pandan yang abei makan di Kota Bahru.. sedaplah wei.. terigau-igau keenakan dan keharuman bau kelapa pandan..
Wednesday, April 19, 2017
Aiskrim Malaysia Majalah3
Credit : Majalah3 & aiskrim goyang (youtube)
SUATU masa dahulu, aiskrim berwarna-warni yang terdapat dalam pelbagai perisa yang diisi dalam plastik berbentuk silinder atau terkenal dengan nama Aiskrim Malaysia. Inilah warna-warni aiskrim yang terdapat di Malaysia. Selamat menonton.
Resepi Aiskrim Coklat Paling Special
Credit : Resep Lealia (youtube)
Resepi aiskrim coklat terbaik!!. Tetiba sahaja bajet macam chef #aiskrimpacaktbs @ aiskrimbiz yang terkenal tu. Dalam hati itu aku la.. Resipi ni sangatlah senang dan mudah disediakan. Cubalah try...
Monday, April 17, 2017
Cara Membuat Aiskrim Paddle Pop
Credit : NSyamimi (youtube)
Selamat berhujung minggu. Resepi Aiskrim Paddle Pop di atas pasti menjadi kesukaan anak-anak anda, Resepi Aiskrim Paddle Pop ni turut juga disukai seisi rumah. Lagi sedap kalau dapat si ibu menyediakan sendiri untuk seisi keluarga lagi sedap rasanya.
Sunday, April 16, 2017
Ais Krim Choki Choki
Credit : SAYS(youtube)
Aiskrim! Antara menu sejuk yang diminati ramai. Kalau tiba-tiba tekak mengidam sesuatu yang manis atau nak basahkan tekak waktu cuaca panas, boleh mencuba aiskrim ini. Kalau aiskrim malaysia semua orang tahu buat ye tak? Isikan air perasa apa-apa pun dalam plastik masuk peti ais. Siap! Boleh dinikmati secara berjemaah selepas sembahyang Jumaat ye tak!
Homemade Chocolate Ice Cream Recipe | No Eggs No Ice Cream Machine | Jus...
Credit : Anyone can cook with me (youtube)
Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Apa kabar anda hari ini? Apakah telah bersedia untuk membuat resepi kegemaran keluarga? hari ini saya ingin kongsikan resepi aiskrim coklat sedap dan mudah.
Mango Ice Cream Recipe - How to Make | आम की आइसक्रीम | No Egg No Ice cr...
Credit : Raj Papa Da Dhaba (youtube)
Fenomena kepelbagaian resepi aiskrim yang sangat menyelerakan menyebabkan kami rasakan tertarik untuk menyenaraikan semua resepi yang terdapat di dalam blog ini. Resipi aiskrim di dalam blog ini datang dari seluruh dunia. Selamat mencuba.
Wednesday, April 12, 2017
ICE CREAM ROLLS | Vanilla & Brownie | Fried Thailand Ice Cream rolled by...
Credit : Ice Cream Rolls (youtube)
Mungkin anda pernah mendengar Aiskrim Gulung, tetapi di negara luar seperti Thailand aiskrim ini sangatlah popular dikalangan penggemarnya. Berita baik. Ais krim gulung kini sudah bertapak di Lembah Klang.
Homemade Cheese Ice Cream Recipe
Credit : YUMMY Ph (youtube)
Aiskrim buatan rumah. Mudah, cepat & tidak banyak modal...kanak-kanak pun mampu menyediakannya sebab senang sangat. 15 minit pun dah siap...Cuma nak bekukan memerlukan masa yang lama sedikit.
Monday, April 10, 2017
Vanilla Ice Cream Recipe - Homemade Eggless Vanilla Ice Cream... YUmmy!
Credit : Nisha Madhulika (youtube)
Thursday, February 16, 2017
ICE CREAM POPSICLES ++ Milk Bar - Simple Ice Cream Recipe... Make It Now
Kredit : INGRID SURPRISE (youtube)
Subscribe to:
Posts (Atom)